CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 31 March 2012

Definisi Masalah Pendengaran

Masalah pendengaran adalah melibatkan  ketidakupayaan untuk mendengar. Menurut Cruickshank & Johnson (1975) menyatakan bahawa masalah pendengaran boleh didefinisikan kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan deria pendengarannya. Definisi ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pekak dan separa pekak. Pekak ialah apabila kanak-kanak tersebut memiliki deria dengar yang tidak berfungsi langsung manakala, kategori separa pekak pula merujuk kepada kanak-kanak yang deria pendengarannya yang rosak masih boleh berfungsi dengan bantuan alat bantu pendengaran ataupun mana-mana kaedah bantuan lain yang bersesuaian.



Pengenalan

Objektif blog

- Menyebar dan memberi maklumat-maklumat mengenai Pendidikan Khas bermasalah pendengaran.
- Berkongsi dan bertukar-tukar idea dengan pembaca blog.


Sasaran pembaca blog

- Guru-guru sekolah khususnya guru Pendidikan Khas bermasalah pendengaran.
- Pelajar-pelajar sekolah terutama pelajar Pendidian khas.
- Pejuang-pejuang Pendidikan Khas.
- Semua lapisan masyarakat yang ingin mendapatkan info mengenai Pendidikan Khas masalah pendengaran.