CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 22 April 2012

Ciri-ciri Kanak-kanak Masalah Pendengaran Konduktif

* Boleh mendengar sebahagian bunyi pertuturan yang orang lain tuturkan.
* Mendengar suara mereka sendiri dan suara orang lain melalui tulang (bone conduction).
* Lazimnya ujian pendengaran melalui tulang dan ujian pendengaran melalui udara yang dijalankan terhadap
   kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran konduktif akan menunjukkan perbezaan yang ketara di
   antara kedua-dua ujian tersebut.

Punca Masalah Pendengaran Konduktif

1. Halangan di dalam saluran telinga luar akibat daripada pengumpulan tahi telinga (serumin) yang terlalu banyak
    atau sekatan benda asing.
2. Kemalangan yang menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga akibat daripada tekanan terlalu kuat
    seperti bunyi letupan atau jolokan benda tajam atau keras pada gegendang.
3. Ketumbuhan tetulang halus ( otosklerosis) pada stapes ( struktur di bahagian telinga tengah). Kehilangan
    pendengaran berlaku kerana tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak disebabkan
    berlakunya ketumbuhan tetulang di sekelilingnya.
4. Jangkitan kronik yang berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau dalam telinga yang dikenali sebagai Otitis External dan Otitis Media.

Ciri-ciri Kanak-kanak Masalah Pendengaran Sensori Neural

* Tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung.
* Mereka hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja.
* Kerap menghasilkan nada suara yang tinggi dan bunyi-bunyi pertuturan yang tidak difahami.
* Ujian pendengaran melalui tulang dan ujian pendengaran melalui udara yang dijalankan terhadap kanak-kanak
   yang mengalami masalah pendengaran sensori neural tidak menunjukkan banyak perbezaan.

Punca Masalah Pendengaran Sensori Neural

Berlaku jangkitan kepada janin semasa di dalam kelahiran :
- Jangkitan virus atau bakteria contohnya ibu menghidap penakit rubella semasa 3 bulan pertama mengandung.
- Jangkitan virus oleh penyakit kelamin seperti herpes simplex, gonorrhea dan siplis yang dialami oleh ibu atau
   bapa.
- Kesan pengambilan dadah seperti alkohol, aspirin, kafein, kortison, kuinin dan trankuiliser dan ubat-ubatan
   tertentu seperti pil Thallidomide oleh ibu.

Berlaku semasa kelahiran :
- Bayi lahir tidak cukup bulan atau kurang berat badan.
- Bayi mengalami anoksia (kekurangan oksigen).
- Bayi menghidap jaundis (demam kuning).

Berlaku semasa kelahiran :
- Kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan koklea.
- Meningitis ( demam yang teruk disebabkan oleh selaput yang meliputi otak dan saraf tunjang).
- Bunyi bising yang sangat kuat secara berterusan.
- Pengambilan bahan ototoxic atau bahan beracun seperti streptomycin, neomycin dan kanamycin.
- Presbyacusis iaitu kehilangan pendengaran disebabkan faktor ketuaan.
- Penyakit Meniere yang berlaku disebabkan kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (bunyi desingan berterusan) dan kesan pendengaran yang terus berkurangan.

Saturday 21 April 2012

Jenis-jenis Masalah Pendengaran

1.      Kehilangan Pendengaran Sensori Neural (Saraf)

     - Disebabkan oleh kerosakan yang berlaku di bahagian telinga dalam dan saraf pendengaran.
     - Istilah sensori neural digunakan ini merujuk kepada kerosakan yang berlaku pada sensori  
        yang  melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak.
     - Masalah pendengaran jenis ini berlaku sebelum kelahiran iaitu semasa janin berada di dalam
        kandungan ibu dan juga selepas kelahiran.
     - Kehilangan pendengaran yang berlaku adalah bersifat kekal.

2.      Kehilangan Pendengaran Konduktif

      - Berlaku akibat daripada wujudnya gangguan, halangan atau pun kerosakan pada bahagian
        telinga luar dan telinga tengah sahaja.                                                                               
      - Bahagian telinga dalam masih berfungsi dengan baik serta dapat memproses dan  
         menghantar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak.                                                      
       -Masalah pendengaran konduktif ini biasanya berlaku selepas kelahiran dan bersifat
        sementara kerana ia boleh diubati sekiranya diberikan rawatan dengan segera.

3.      Kehilangan Pendengaran Bercampur

   - Masalah pendengaran yang melibatkan kehilangan pendengaran konduktif dan sensori
           neural.                                                                                                                      
        - Kanak-kanak ini mengalami masalah pendengaran yang sangat teruk dan juga tergolong
          sebagai kanak-kanak bermasalah pendengaran yang menerima pendidikan di sekolah
          pendidikan khas.

Ciri-ciri Umum Kanak-kanak Masalah Pendengaran

* Kurang memberi perhatian
* Sukar mengikut arahan
* Selalu berangan-angan
* Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan
* Menyampuk dengan topik yang berlainan
* Memerlukan bantuan daripada rakan-rakan
* Cara percakapan yang janggal
* Personaliti
* Masalah kesihatan seperti sakit telinga, selesema, sakit tekak dan tonsilitis

Tuesday 17 April 2012

Anatomi Telinga

Secara ringkasnya telinga manusia terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu telinga luar,telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar meliputi kawasan cuping telinga serta salur telinga luar hingga ke gegendang bahagian tengah meliputi kawasan yang mengandungi ketiga-tiga osikel iaitu tukul, andas dan rakap. Bahagian telinga dalam pula meliputi kawasan yang menempatkan salur separuh bulat dan koklea. Setiap bahagian telinga memainkan peranan penting dalam proses pendengaran.