1. Kehilangan Pendengaran Sensori Neural (Saraf)
- Disebabkan oleh kerosakan yang berlaku di bahagian telinga dalam dan saraf pendengaran.
- Istilah sensori neural digunakan ini merujuk kepada kerosakan yang berlaku pada sensori
yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak.
- Masalah pendengaran jenis ini berlaku sebelum kelahiran iaitu semasa janin berada di dalam
kandungan ibu dan juga selepas kelahiran.
- Kehilangan pendengaran yang berlaku adalah bersifat kekal.
2. Kehilangan Pendengaran Konduktif
- Berlaku akibat daripada wujudnya gangguan, halangan atau pun kerosakan pada bahagian
telinga luar dan telinga tengah sahaja.
- Bahagian telinga dalam masih berfungsi dengan baik serta dapat memproses dan
menghantar bunyi melalui saraf pendengaran ke otak.
-Masalah pendengaran konduktif ini biasanya berlaku selepas kelahiran dan bersifat
sementara kerana ia boleh diubati sekiranya diberikan rawatan dengan segera.
3. Kehilangan Pendengaran Bercampur
- Masalah pendengaran yang melibatkan kehilangan pendengaran konduktif dan sensori
neural.
- Kanak-kanak ini mengalami masalah pendengaran yang sangat teruk dan juga tergolong
sebagai kanak-kanak bermasalah pendengaran yang menerima pendidikan di sekolah
pendidikan khas.
No comments:
Post a Comment